Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, November 15, 2010

WANITA/PEREMPUAN.




DAN SEKALI LAGI AKU MENULIS UNTUK BACANN DIRI SENDIRI,SIAPA YANG NAK AMBIL IKTIBAR,SILAKAN.

seorang wanita yang dijadikan dari tulang rusuk lelaki.tidak kita (wanita) dijadikan dari tulang bahagian kepala,supaya kita tidak mendahului lelaki.tidak dijadikan kita dari tulang di bahagian kaki,supaya dipijak oleh lelaki.kita dijadikan dari tulang rusuk kiri,di bawah lengan supaya kita dilindungi,dekat dengan hati/perasaan  supaya kita disayangi.

tiada kata rehat untuk wanita.masa bujang banyak dihabiskan untuk menimba ilmu biar penuh di dada,melakukan kerja rumah dan menjaga orang tua.pada zaman atom ini,banyak dari kita yang keluar bekerja.bila berumah tangga,kita jadi pendokong suami yang utama,bila dikurniakan cahaya mata,mendidik itu tugas utama.senang cerita,wanita equal to kerja 24 jam 7 hari seminggu.

Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata, dalam neraka wanita jadi bahan pembakarnya.wanita senang untuk kita kumpul pahal tapi kita paling dekat dengan dosa.

sebagai seorang muslim tidak kira lelaki atau perempuan,solat harus diutamakan.untung bagi lelaki tidak didatangi haid setiap bulan dan tiada alasan bagi mereka untuk tidak solat.wanita yang datang haid harus qada' solat (ganti balik) solat yang telah ditinggalkan.sama seperti puasa kita harus ganti kerana ia ada dalam rukun islam,solat berada di tangga kedua dalam rukun islam sebab itu ia wajib.

sesungguhnya memang benar wanita lemah walau diluar nampak gagah.kita lemah dengan bisikan syaitan.kita lemah dengan godaan dunia.kerana itu wanita harus dibimbing hingga keakhirnya.wanita bujang yang belum berkahwin harus dijaga oleh keluarga dengan sebaiknya,bila sudah dikahwini,tanggunggjawab itu digalas lelaki.

ya,lelaki memang kuat tapi lelaki perlukan wanita kerana wanita adalah sebahagian dari wanita.tulang lelaki ganjil nombornya berbanding wanita.wanita dikurniakan untuk lelaki.wanita ialah kembar lelaki,sebahagian dari lelaki.

seorang wanita yang telah bersuami,syurganya dibawah tapak kaki suami.haruslah dia menurut kata suami melainkan jika suruhan itu bertentangan dengan hukum syarak.Allah s.w.t membuka peluang bagi wanita untuk kita masuk ke syurga.apabila kita cukup solat dan membahagiakan suami,nescaya ada tempat untuk kita di syura.Insya Allah.

seorang wanita yang menjaga makan minum suami,menjaga pakaian suami dan menjaga kesihatan suami amat disayangi Allah.wanita yang mengandung dan ,melahirkan zuriat itu diibaratkan seperti berjihad untuk Allah.jika wanita itu meninggal dunia ia seperti mati syahid berperang untuk Allah.

subahanallah.

sebagai seorang wanita,tiada kata rehat untuk kita.kita harus melakukan segala suruhan Nya.kita harus menjaga keluarga,memberi makan (masak) mendidik dan menjadi kekuatan untuk suami disaat mereka tiba-tiba kecundang

wanita sesungguhnya kita diberi tanggunggjawab yang besar kerana kita disayangi Allah.kita diberi sakit perut setipa bulan kerana kita mampu tanggung.kita diberi sakit ketika melahirkan kerana Allah tahu kita mampu tanggung.Allah tahu apa yang terbaik.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akanhal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun) . Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

Allahuakbar,ampunkan dosa ku,beri aku pasangan yang boleh membimbing aku ke jalan Mu,amin.

No comments:

Post a Comment